Rabu, 14 November 2007

Fwd: Apa Punca Anak Derhaka

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, awahidah@... wrote:


Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi
ibu-bapa
dan kita sendiri sebagai anak.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya
satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik
atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu?
Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah,
ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda
penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya
usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan
anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah
bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak
akan
tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah,
ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun
seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana
sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah
tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun
anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita
yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah
seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak
berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-
anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan
jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan
ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada
kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi
jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi
apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak
ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan
baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka.
Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta
maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil
kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.
Cuba
kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar
kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah
kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika
semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu
panjang
untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana
tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan
ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh
utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya
ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya
golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil
kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan
tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.
Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita
sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya
tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu
ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana
taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak
dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri.
Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang
wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak
dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.
Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak
ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan
kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila
Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut
menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di
sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan
wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim
melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
Nabi
Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar
kepada yang
lain.

Bukan saya nak bawa kisah ini untuk mudah orang nak bercerai dak pakat
elok-elok... . sekian wallahua'lam... . sehingga berjumpa lagi...

--- End forwarded message ---