Rabu, 14 November 2007

Fwd: FW: [smart1992] FW: CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKAR ATUL MAUT -OLEHUSTAZ NAHRAWI MARZOKI

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, "MOHD RAMLI, Muhd Firdaus (GEAE,
Malaysia, Contractor)" <muhdfirdaus.mohdramli@...> wrote:


> CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT -OLEHUSTAZ
> NAHRAWI MARZOKI
>
>
> buat iktibar semua, ingat & sayang sementara mereka ada
>
> Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya.
> Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya
> tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke
> katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang
> menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang
> perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan
> berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil pula, Jalal meraung dan
> meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.
>
> "Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu
> apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah
> seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.
>
> Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya
> segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu
> mereka
> itu.
>
> "Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."
>
> Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.
> Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya
> menakutkan dan menyedihkan.
>
> "Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak,
> sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta
> raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti
> dipanggang di dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara
> matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di
> wad
> berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya
> tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa?
> Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?
>
> "Panggil ibunya segera," kata saya.
>
> Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma
> terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
>
> "Kenapa ni?" tanya saya.
>
> Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja
> meninggal dunia dua minggu lepas."
>
> "Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada
> melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung
> azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja
> yang
> dapat membantu," kata saya berterus terang.
>
> Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya
> semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu
> insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan
> kesakitan Jalal.
>
> "Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."
>
> "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu
> kami," jawab salah seorang daripada mereka.
>
> Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan
> kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati
> saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam
> beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah
> yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak
> kecil
> hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa
> sahaja
> melawan dan menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya
> pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah
> telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa
> sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya.
> Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi
> semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat
> swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di
> syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah
> menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja,
> dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia
> meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang
> daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin
> banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal
> mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan
> masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah
> mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan
> oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.
>
> "Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya
> nak duit tu buat berniaga," katanya kasar.
>
> "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab
> si ibu.
>
> "Ahhh, saya tak kira."
>
> "Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau
> nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.
>
> Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak
> membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang
> dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah
> berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang
> ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali
> lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat
> menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak
> ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di
> pintu.
> Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di
> lantai,
> rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital
> sementara
> Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat
> pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat
> melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup
> Jalal.
> Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke
> hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan
> ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal
> sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan.
> Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana
> tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya
> selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor
> dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di
> katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.
>
> "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.
>
> Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin
> untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit
> kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.
>
> "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke
> situ
> emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit.
> Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."
>
> Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya
> dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa
> yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal
> terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil.
> Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya
> meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada
> mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah
> nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang
> pukul
> 10 pagi.
>
> Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit
> saya berdering.
>
> "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.
>
> Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal
> begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya
> semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya
> bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul
> husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar.
> Keadaan
> senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat
> suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba,
> ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia
> mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil
> seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga
> najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis
> menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti
> sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa,
> roh,
> najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh
> terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti
> hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di
> bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.
> Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata,
> peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas
> lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT
> untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak
> derhaka.
>
> Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga
> Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan
> terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka.
> Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang
> dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap,
> merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah
> berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang
> menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan
> sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.
> Kesengsaraan
> yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya
> meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti
> hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya,
> jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab
> yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal.
> Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang
> tersembul
> itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan.
> Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya
> dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya
> menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana
> duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya
> menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah
> terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa
> turun
> kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka
> di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat
> semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van
> yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba
> keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma
> membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang
> abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah
> shock
> absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah,
> Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah
> itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh
> kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul -
> tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah
> tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir
> ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah
> jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah
> walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak
> pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula
> memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham
> dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada
> saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi.
> Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa
> diambil dan ditambur ke atasnya.
>
> Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada
> keluarga
> Allahyarham.
>
> "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."
>
> "Apa masalahnya itu?" tanya saya.
>
> "Kubur adik saya berlubang ustaz."
>
> Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada
> anak
> yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan
> lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang
> tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah
> kepada
> papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi,
> mereka
> mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut
> berlubang semula.
>
> "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam
> lubang
> tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.
>
> Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi
> saya
> memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang
> membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak
> berubah,
> masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan.
> Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga
> hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati
> kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.
>
> "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin
> dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin
> sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan
> doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam
> bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."
>
> Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan
> majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut
> menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur
> berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat
> tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali
> tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut
> menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas
> kita berhari raya. Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang
> bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa
> petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab
> hingga
> ke akhir hayatnya.
>
> Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun
> keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan
> iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.
>
> Amin.
>
> Wassalam.
>

--- End forwarded message ---