Malaysia, Contractor)" <muhdfirdaus.mohdramli@...> wrote:
Subject: Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)
Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke
masjid jamik
untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum
masuk
waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap
sambil
membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
memandangkan
waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi
melihat
ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka
duduk
dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy
ternampak
seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul
dengatn
ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya
dengan
wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang
gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ah! li kubur dengan membawa talam-talam itu,
tiap
seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua
ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda
yang
kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan
perasaan
yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.
Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu
sedih
mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat
talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya
pemuda
itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?"
tanya Al
Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah
orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang
terdiri
dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-
hadiah
itu selalunya datang setiap malam Jumaat a! tau pada hari Jumaat. Si
pemuda
kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya
dia ada
seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin
dengan
suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang
sudah
meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si
pemuda.
Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak
menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia
bertanya nama
dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda
menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah
paginya
Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda
tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar
keterangan
Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudi!
an ia
berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan
hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu
dari
dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika
kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh
penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama
ini. "Kalau
begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan
wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya
agar
jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan
membawa
wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan
sedekahkanlah
untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya
untuk
berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.
Dilakukannya
! semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu
pemuda
tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke
masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia
singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi
melihat
ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya
kelihatan
sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian
putih
yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut
mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku
ucapkan
terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu
itu. " "Hadiah dari
ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau
boleh
mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
tandanya ?"
"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat
pada hari
yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari
tidurnya.I! a
cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah
mendapat
rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu.
Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah
mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"
QuAinT(tm)
*
_____
Do you Yahoo!?
Yahoo! SiteBuilder - Free web site building tool.
<http://us.rd.yahoo.com/evt=21608/*http://webhosting.yahoo.com/ps/sb/>
Try
it!
--- End forwarded message ---