<Normarina@...> wrote:
Subject: Tazkirah-Iblis Menipu Ketika Mati
Tazkirah-Iblis Menipu Ketika Mati
Syaitan dan iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia sejak terjadinya dengan setitik mani sehingga
ke akhir
hayat seseorang hamba Allah itu.
Malah, paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika
sakaratul maut.
Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi tujuh
golongan dan rombongan.
Hadis Rasulullah s.a.w menerangkan yang bermaksud: "Ya Allah, aku
berlindung
dengan Engkau daripada perdaya syaitan di waktu maut."
Rombongan Satu
Datang iblis dengan banyaknya serta pelbagai rupa yang pelik dan aneh
seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman
yang
lazat. Disebabkan orang dalam sakaratul maut itu pada masa hidupnya
tamak
dan haloba kepada barang-barang itu, maka diraba dan disentuhnya
barangan
iblis itu, dan pada waktu itu nyawanya terputus dari tubuh. Inilah
dikatakan
mati lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. Inilah jenis mati fasik dan
munafik,
dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan Dua
Datang iblis kepada orang dalam sakaratul maut itu dengan menyerupai
binatang ditakuti seperti harimau, singa, ular dan kala jengking
berbisa.
Apabila orang dalam sakaratul maut itu memandang binatang itu, dia pun
meraung dan melompat sekuat hati. Seketika itu juga akan putus nyawa
dari
badannya. Maka matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam
keadaan
lupa kepada Allah s.w.t. Matinya sebagai fasik dan munafik, dan ke
nerakalah
tempatnya.
Rombongan Tiga
Datang iblis mengacau dan memperdayakan orang dalam sakaratul maut
dengan
menyerupai binatang yang menjadi minat orang hendak mati itu. Kalau
orang
itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung dan jika dia
minat
dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba
(judi).
Jika dia minat dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung
yang
cantik. Apabila tangan orang itu meraba-raba binatang kesayangan itu
dan
waktu tengah meraba-raba itu dia mati, maka matinya dalam keadaan
lalai dan
lupa kepada Allah S.W.T. Matinya adalah mati fasik dan munafik, dan
nerakalah tempatnya.
Rombongan Empat
Datang iblis menyerupai orang paling dibenci oleh orang yang akan
mati,
seperti musuhnya ketika hidupnya. Orang dalam sakaratul maut itu akan
menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang
dibencinya.
Waktu itulah maut datang dan matilah ia sebagai mati fasik dan
munafik, dan
nerakalah tempatnya.
Rombongan Lima
Datang iblis menyerupai sanak-saudara orang hendak mati itu, seperti
ayah
ibunya, dengan membawa makanan dan minuman. Orang dalam sakaratul
maut itu
sangat mengharapkan minuman dan makanan, lalu dia menghulurkan
tangannya
untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa iblis yang menyerupai
si
ayah dan ibu. Berkata ia dengan merayu:
"Wahai anakku, ini saja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu
dan
berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang
kami
sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke
dalam syurga."
Dia pun sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir lagi, ketika itu
waktu
matinya sampai, lalu matilah dia dalam keadaan kafir, kekal ia dalam
neraka
dan terhapus semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan Enam
Datang iblis menyerupai ulama yang membawa banyak kitab, lalu berkata
ia:
"Wahai muridku, lama sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk
kami
pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini. Oleh itu kami bawakan
kepada kamu
doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."
Lalu diminumnya ubat itu, maka hilang rasa penyakit itu, kemudian
penyakit
itu datang kembali. Lalu datang pula iblis menyerupai ulama dengan
berkata:
"Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat supaya kamu mati
dalam
keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang dalam sakaratul maut itu: "Aku tidak tahu."
Ulama iblis kemudian berkata: "Ketahuilah, aku ulama yang tinggi dan
hebat,
baru kembali dari alam ghaib dan mendapat syurga yang tinggi. Cuba
kamu
lihat syurga yang disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui
zat Allah
S.W.T hendaklah kamu patuh kepada kami."
Ketika itu orang dalam sakaratul maut itu memandang ke kanan dan ke
kiri dan
dilihatnya semua sanak-saudaranya dalam kesenangan syurga (syurga
palsu yang
dibentangkan iblis bagi mengacau orang dalam sakaratul maut).
Kemudian orang
dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu: "Bagaimanakah
zat
Allah?"
Iblis berasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama
palsu:
"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."
Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
itu,
orang dalam sakaratul maut itu dapat melihat satu benda sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata iblis: "Itulah dia zat Allah yang patut kita sembah."
Berkata orang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda
yang
benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda
besar
ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya,
mempunyai
depan dan belakangnya. Sedangkan zat Allah tidak menyerupai makhluk,
sempurna Maha Suci Dia daripada sebarang sifat kekurangan. Tapi
sekarang ini
lain pula keadaannya dari yang di ketahui dulu. Tapi sekarang yang
patut aku
sembah ialah benda besar ini."
Dalam keraguan itu, Malaikat Maut datang dan terus mencabut nyawanya,
maka
matilah orang itu dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal dalam
neraka dan
terhapus segala amalan baik selama hidupnya di dunia.
Rombongan Tujuh
Rombongan iblis yang ketujuh ini membabitkan 72 barisan, kerana dia
menepati
iktikad Nabi Muhammad s.a.w bahawa umat Nabi akan terbahagi kepada 73
puak
(barisan).Satu puak saja yang benar (ahli sunnah waljamaah) manakala
72 lagi
masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa iblis akan mengacau
dan
mengganggu anak Adam dengan 72 macam, yang setiap satu berlainan
dalam waktu
manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajar orang yang
hampir
meninggal dunia akan talkin:
"Laa Ilaaha Illallah" untuk menyelamatkan dirinya daripada gangguan
iblis
dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang dalam
sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud:
"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir
mati
itu: Laa Ilaaha Illallah." "
--- End forwarded message ---