Rabu, 14 November 2007

Fwd: FW: KEJADIAN NABI ADAM

--- In hidayahnet@yahoogroups.com, Normarina Binti Mohammed
<Normarina@...> wrote:


Subject: FW: KEJADIAN NABI ADAM

ILMU YANG CUKUP BAIK UNTUK DIAJAR PADA ANAK-ANAK DAN JUGA UNTUK
MENGINSAFI
DIRI DARI MANA ASAL KEJADIAN KITA........

KEJADIAN NABI ADAM

Kita selalu mendengar bahawa kisahnya tentang Nabi Adam AS. Dan kita
juga
terlalu tahu tentang kejadianya itu adalah dari tanah tetapi apakah
kita
tahu akan tanahnya itu? Apakah kita sudah tahu akan prosesnya
kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih
mengetahui
akan tentangnya itu dan Insya-allah dapatlah kita mempelajari
tentangnya
bersama-sama. Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah
pada
kesabaran (Al-A'ssr)

NABI ADAM AS (ABUL BASYAR/Bapa segala manusia)

BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan
tetapi
apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil
untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada
Allah.Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-
apa,
mendengar sumpah bumi.

Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi
masih
sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi
malangnya
jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan
tangan
yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah
: "Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.
Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau
mundur.
Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu". Apabila
Izrail turun
ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya
barulah
bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat
Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-
tugaskan
mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan
engkau
mencabut roh manusia. Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci
oleh
umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan
memusuhi
kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu
bersebab,
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya".

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah(Babylon)

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada
otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan
kerjasama,
sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipu
daya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman,
keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur
dan
mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air
masin,air hanyir,angin,api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran
dalam diri
Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan.
Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-
rempah,
wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan
"Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
sifat
"Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,
ia
pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi
patung
Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk
memaksa
roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah
kepada
Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali
kulitnya.Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.Kerana Adam telah
diturunkan ke dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai
peringatan : yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku
manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada
tubuh Adam
ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala, dan dua
buah
liang dibawah badan letaknya. Tujuh buah letaknya di kepala : dua
liang
mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua
macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus,
kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang
mengambil masa
200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untul
memasukkan
roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah
untuk Adam,
dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan
tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya
seketika itu
matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan
juga
melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah
keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan
kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya
terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah.
Itulah
ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata:
"Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah"

Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu
bangun.
Padahal sebahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini
menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana
firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka
tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah
susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh
itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi
darah
daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana
kulit itu
kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian
tubuh
Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah
merupakan
jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua
malaikat
berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh
malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh
penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke
syurga
tempat mula-mula Adam dijadikan.

--- End forwarded message ---